|
MAKLUMAT PENTING KEPADA BAKAL PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI TEKNIKAL JOHOR SESI 2013/2014
Sekalung Tahniah kepada mereka yang telah terpilih untuk mengikuti pengajian di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor bagi Sesi 2013/2014. Untuk melancarkan lagi segala urusan semasa pendaftaran kelak,pihak kolej berharap bakal-bakal pelajar dapat membuat persediaan awal sebelum melangkah masuk ke Kolej ini.
TARIKH PENDAFTARAN ADALAH PADA 27 MEI 2013 MULAI JAM 8.30 PAGI SEHINGGA 11.00 PAGI
PENTING:
TINDAKAN 1 – SILA CETAK DOKUMEN DARI LAMAN WEB BMKPM Sila Cetak , Lengkapkan dan Bawa dokumen pendaftaran berikut daripada laman web KPM (http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/) bagi keperluan pendaftaran di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor:
i. Surat Tawaran Pendaftaran Di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor ii. Panduan Pendaftaran Pelajar Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) iii.Dokumen Peribadi Pelajar Kolej Matrikulasi iv.Borang Perjanjian Pengambilan Dan Pembiayaan Pelajar (PPM/BM.1/99-Pin-3)- 2 salinan
TINDAKAN 2 – SILA CETAK DOKUMEN DARI LAMAN WEB KMTJ Sila Cetak , Lengkapkan dan Bawa dokumen berikut daripada Laman Web Kolej Matrikulasi Teknikal Johor.
i. Senarai Semak Dokumen Pendaftaran Pelajar Di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
TINDAKAN 3 – e-PENDAFTARAN * Pelajar digalakkan untuk mendaftar awal secara atas talian (e-Pendaftaran Pelajar) untuk melancarkan sesi pendaftaran pada 27 Mei 2013 di KMTJ
* Untuk makluman bakal pelajar, e-Pendaftaran boleh mula dilayari pada 8 MEI 2013 – 18 MEI 2013
i. Prosidur e-Pendaftaran Pelajar
Sebarang perubahan akan dimaklum dari semasa ke semasa
TINDAKAN 4 – SILA BAWA BERSAMA
i. Satu salinan muka hadapan buku/kad pendaftaran akaun Bank Simpanan Nasional yang tertera no. akaun yang telah disahkan (tujuan pembayaran elaun wang saku pelajar) ii. Salinan sijil keputusan SPM 2012 dan sijil-sijil lain berkaitan yang telah disahkan iii. Slip Pembayaran yuran Pendaftaran
* Sila baca dengan teliti dan boleh dicetak jika perlu di Menu Utama > Persediaan Pelajar Baru Sesi 2013/2014 atau Klik DISINI *
|