Menu Utama Soalan Lazim (FAQ)

Soalan Lazim (FAQ)

**Sila klik DISINI untuk soalan lazim berkaitan Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2013/2014 **


1. Apakah bentuk dan jenis kemudahan yang disediakan untuk pelajar di KMTJ? Sejauh mana ia berbeza dengan kolej-kolej matrikulasi yang lain?

Kemudahan yang disediakan adalah sama seperti kolej-kolej lain. Perbezaan adalah dari segi bentuk,jenis dan kuantiti. Antara yang disediakan seperti penginapan untuk setiap pelajar, kemudahan dan kelengkapan untuk pembelajaran,keperluan dan lain-lain. Semua kemudahan ini boleh dilihat melalui laman web di menu kemudahan ( Menu Utama--> Kemudahan ) atau klik DISINI

2. Apakah peralatan-peralatan yang disediakan dan apakah pula keperluan yang perlu dibawa?
(a) Terdapat peralatan dan kelengkapan yang disediakan untuk individu dan sebahagian adalah untuk diguna semua. Antara peralatan yang disediakan untuk setiap individu adalah seperti katil,tilam,bantal dan lain-lain.Untuk maklumat lebih lanjut mengenai keperluan yang perlu dibawa,sila klik DISINI


(b) Keperluan P&P
  • Peralatan untuk Lukisan Kejuruteraan
  • Drawing Board ( Plastik/Papan )
  • Mechanical Ampass ( Bofaset, Maped )
  • T-Square, Set Square
  • Template ( Bulatan, Civil dan sebagainya )

3. Apakah peraturan pakaian dan disiplin pelajar?
Peraturan berpakaian dan disiplin pelajar adalah berdasarkan Buku Peraturan Kolej yang akan diberikan semasa Hari Pendaftaran kelak. Namun begitu,untuk mengetahui etika berpakaian semasa pendaftaran boleh klik DISINI

4. Adakah pengkhususan jurusan telah ditetapkan dan adakah pelajar boleh menukar mengikut minat? Jika boleh apakah tempoh penukaran dan apakah prosedurnya?
Pengkhususan telah ditetapkan semasa memberi tawaran kepada pelajar. Ia dibuat berdasarkan permohonan dan kelayakan pelajar.


5. Dimanakah untuk mendapatkan maklumat tentang peraturan keluar masuk kolej pada setiap hari dan hujung minggu?

Maklumat tentang peraturan keluar masuk kolej pada setiap hari dan hujung minggu boleh dirujuk kepada unit Hal Ehwal Pelajar (HEP).

6. Apakah perbezaan antara program PDT dan PST?
Untuk ketika ini,Pihak Kolej hanya menawarkan PST sahaja di mana aliran teknikal iaitu Awam,Mekanikal dan Elektrik sahaja.

7. Sekiranya nama saya disenaraikan ke Matrikulasi, adakah peluang saya untuk ke lain-lain Institusi telah ditutup?
Tidak.

8 Bagaimana laluan ke Kolej Matrikulasi Teknikal Johor?
Untuk sampai ke Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, tuan/puan boleh mengikut laluan alternatif berikut:-

Dari Utara: Ikuti Lebuh Raya KL-Johor-susur keluar ke Tol Simpang Renggam/Benut dan belok ke kiri ke arah Benut. Kemudian jalan terus sehingga simpang empat (Pontian-Benut-Batu Pahat)  -belok ke kiri ke arah pontian  dan jalan terus hingga sampai ke simpang empat (Johor-Kukup-Pusat Perdagangan Pontian) dan teruskan perjalanan menghala ke Kukup. Teruskan perjalanan 5 km dari persimpangan (Johor-Kukup-Pusat Perdagangan Pontian) dan sampai ke destinasi di sebelah kiri Kolej Matrikulasi Teknikal Johor (Rujuk peta Google pada laman web Kolej Matrikulasi Teknikal Johor).


 

  1. Apakah bentuk dan jenis kemudahan yang disediakan untuk pelajar di KMTJ? Sejauh mana ia berbeza dengan kolej-kolej matrikulasi yang lain?

    Kemudahan yang disediakan adalah sama seperti kolej-kolej lain. Perbezaan adalah dari segi bentuk,jenis dan kuantiti. Antara yang disediakan seperti penginapan untuk setiap pelajar, kemudahan dan kelengkapan untuk pembelajaran,keperluan dan lain-lain. Semua kemudahan ini boleh dilihat melalui laman web di menu kemudahan ( Menu Utama--> Kemudahan ) atau klik DISINI


  1. Apakah peralatan-peralatan yang disediakan dan apakah pula keperluaan yang perlu dibawa?

    (a) Terdapat peralatan dan kelengkapan yang disediakan untuk individu dan sebahagian adalah untuk diguna semua. Antara peralatan yang disediakan untuk setiap individu adalah seperti katil,tilam,bantal dan lain-lain.Untuk maklumat lebih lanjut mengenai keperluan yang perlu dibawa,sila klik DISINI

(b) Keperluan P&P

    • Peralatan untuk Lukisan Kejuruteraan

    • Drawing Board ( Plastik/Papan )

    • Mechanical Ampass ( Bofaset, Maped )

    • T-Square, Set Square

    • Template ( Bulatan, Civil dan sebagainya )

  1. Apakah yang diberikan kepada pelajar semasa pendaftaran?

    (a) T-Shirt Minggu Pengurusan Pelajar 2 Helai

    (b) Kot Makmal 1 Helai

    (c) Tali Leher bagi pelajar Lelaki 1 Helai

    (d) Tudung bagi pelajar Perempuan 1 Helai

    (e) Buku Panduan Program Matrikulasi 1 Buah

    (f) Kad Matrik 1 Keping


  1. Apakah bentuk yuran-yuran semasa pendaftaran dan sesi pengajian?

    Pelajar hanya perlu membayar Yuran Pendaftaran sebanyak RM425.00 dan untuk maklumat lanjut

    sila klik DISINI atau melalui laman web iaitu Menu Utama --> Persediaan Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2011 / 2012-->Yuran Pendaftaran.


  1. Adakah bantuan kewangan dan makan minum disediakan?

    Pelajar yang mendaftar bagi program Matrikulasi akan menerima biasiswa KPM ( Wang Saku ) sebanyak RM 2,500.00 bagi Sesi 2011/2012 dan akan dibayar pada setiap semester sebanyak

    RM 1,250.00. Pihak Kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia tidak menyediakan makan dan minum sepanjang pengajian. Kos makan minum pelajar adalah tanggungjawab sendiri dan pihak kolej hanya meyediakan sistem kafetaria.


  1. Apakah peraturan pakaian dan disiplin pelajar?

    Peraturan berpakaian dan disiplin pelajar adalah berdasarkan Buku Peraturan Kolej yang akan diberikan semasa Hari Pendaftaran kelak. Namun begitu,untuk mengetahui etika berpakaian semasa pendaftaran boleh klik DISINI





  1. Adakah pengkhususan jurusan telah ditetapkan dan adakah pelajar boleh menukar mengikut minat? Jika boleh apakah tempoh penukaran dan apakah prosedurnya?

    Pengkhususan telah ditetapkan semasa memberi tawaran kepada pelajar. Ia dibuat berdasarkan permohonan dan kelayakan pelajar.


  1. Bagaimanakah jadual waktu belajar?

      Jadual waktu belajar adalah :

      - 8.00 Pagi – 4.00 Petang ( Isnin hingga Khamis )

      - 8.00 Pagi – 4.00 Petang ( Jumaat )

      Waktu rehat pelajar adalah :

      - 1.00 Tgh/hari – 2.00 Petang ( Isnin hingga Khamis )

  1. Dimanakah untuk mendapatkan maklumat tentang peraturan keluar masuk kolej pada setiap hari dan hujung minggu?

    Maklumat tentang peraturan keluar masuk kolej pada setiap hari dan hujung minggu boleh dirujuk kepada unit Hal Ehwal Pelajar (HEP).

  2. Apakah perbezaan antara program PDT dan PST?

    Pihak Kolej Matrikulasi Teknikal Johor hanya menawarkan aliran teknikal iaitu awam,mekanikal dan elektrik sahaja.


  1. Apakah cara-cara yang paling mudah untuk datang ke KMTJ?

    Tuan/Puan boleh melalui Plaza Tol Utara/Selatan dan keluar di Plaza Tol Simpang Renggam. Kemudian tuan/puan belok ke kiri untuk menuju ke Pontian Kecil. Perjalanan dari Plaza Tol Simpang Renggam ke KMTJ mengambil masa hampir 1 jam. Sepanjang perjalanan ke Pontian Kecil, tuan/puan akan melalui Benut, seterusnya Ayer Baloi dan apabila sampai di bandar Pontian Kecil, tuan/puan teruskan menuju arah ke Kukup. Peta ke KMTJ boleh dimuaturun melalui laman web ini di menu Hubungi Kami atau sila klik DISINI


  1. Saya mungkin tidak dapat melapor diri pada 23 Mei ini, adakah kelonggaran dapat diberikan?


Pelajar tidak boleh menangguh pendaftaran. Jika ada sebab yang kritikal dan munasabah, sila mohon

daripada Pengarah Kolej anda ditempatkan sebelum hari pendaftaran. Maksimum penangguhan hanya

3 hari. Jika melebihi 3 hari, rayuan perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi. (BMKPM)


  1. Sekiranya nama saya disenaraikan ke Matrikulasi, adakah peluang saya untuk ke lain-lain Institusi telah ditutup?

    Tidak.


  1. Bolehkah saya memohon untuk menukar ke sebuah Kolej Matrikulasi yang lain?

    Segala urusan pertukaran hendaklah dirujuk ke Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM)

Unit Peperiksaan
Login Form
STATISTIK PENGUNJUNG
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini175
mod_vvisit_counterSemalam476
mod_vvisit_counterMinggu Ini4505
mod_vvisit_counterMinggu Lepas4409
mod_vvisit_counterBulan Ini13868
mod_vvisit_counterBulan Lepas19562
mod_vvisit_counterSemua185141

We have: 7 guests online
IP Anda: 10.14.48.110
 , 
Hari Ini: May 25, 2013
Pautan Utama